Friday, April 24, 2009

All we can do is keep breathing..

Lagu untuk Sarra.



The storm is coming but i don't mind.
People are dying, i close my blinds.

All that i know is i'm breathing now.

I want to change the world...instead i sleep.
I want to believe in more than you and me.

But all that i know is i'm breathing.
All i can do is keep breathing.
All we can do is keep breathing now.

All that i know is i'm breathing.
All i can do is keep breathing.
All we can do is keep breathing now.

All we can do is keep breathing
All we can do is keep breathing
All we can do is keep breathing
All we can do is keep breathing.
All we can do is keep breathing now.


Apa yang boleh kita lakukan hanyalah teruskan bernafas. Mungkin, hari-hari esok, kita akan ketemu penawar untukmu. Maafkan abi nak.

Tuesday, April 14, 2009

Orang-orang yang gua sayang (gile).

















How do I love thee? Let me count the ways.
I love thee to the depth and breadth and height
My soul can reach, when feeling out of sight
For the ends of Being and ideal Grace.
I love thee to the level of everyday`s
Most quiet need, by sun and candle - light.
I love thee freely, as men strive for Right;
I love thee purely, as they turn from Praise.
I love thee with the passion put to use
In my old griefs, and with my childhood`s faith.
I love thee with a love I seemed to lose
With my lost saints, - I love thee with the breath,
Smiles, tears, of all my life! - and, if God choose,
I shall but love thee better after death.

- Elizabeth Barrett Browning

p/s: Gua mintak maaf.

Monday, April 13, 2009

Chasing Pelangi.

"Do the best you can, with what you have."

Kata-kata ini pernah dilafazkan oleh seorang kawan gua dari Perancis yang gua kenalinya sebelum kelahiran Sarra, dan sehingga kini gua memegang kata-kata ini sebagai motto hidup gua. Kesan dari kata-kata ini cukup mendalam bagi gua, dan gua amat menghargai perkenalan gua dengan lelaki ini. Ironi rasanya kerana lelaki atheis ini telah banyak menyedarkan gua tentang betapa pentingya agama. Di samping itu, kami banyak membicarakan tentang falsafah berkenaan realiti, dan apakah yang tersirat di sebalik masa. Gua sentiasa berdoa agar satu hari nanti hatinya akan terbuka untuk mengucap syahadah.

Bagi gua, bukannya pencapaian dan kesempurnaan yang menjadi ukuran, tetapi APA yang mampu gua lakukan dengan masa yang telah diberikan kepada gua. Inilah yang sering gua bisikkan pada Sarra setiap kali kami bermain-main bersama. Gua tidak pernah memaksa dia untuk lakukan sesuatu demi gua; cukuplah sekadar apa yang dia termampu, dengan apa yang dia ada. Gua sedar, untuk Sarra mengangkat tangannya sahaja, kecelaruan neurotransmission yang berlaku di dalam otaknya adalah terlalu sukar untuk gua dan manusia-manusia di luar sana fahami. Gua tidak harapkan kesempurnaan dari Sarra, kerana diri gua sendiri pun tidak sempurna. But then again, apakah dia kesempurnaan? How do you define 'kesempurnaan'?

Gua cukup benci dengan milestone chart; at this age your baby should've do this, blablabla. SO WHAT if your baby is taking his or her own sweet time to be able to do this and that? Adakah penalti yang akan dikenakan jika sekiranya anak anda ditakdirkan tidak mampu untuk meniarap sedangkan umurnya sudah setahun? Mata-mata yang memandang, pertanyaan yang bunyinya seakan mengambil berat, walhal ia tidak lebih dari sekadar rasa hairan kerana kononnya tidak se'sempurna' bayi lain, tidakkah mereka sedar yang Tuhan itu mempunyai rancangan yang tersendiri bagi setiap hambaNya?

Gua bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menghadapi takdir-takdir sebegini, dan secara jujurnya, Sarra bukanlah peristiwa yang pertama gua hadapi. Kakak gua pernah dijangkiti demam panas yang agak kritikal pada usianya meningkat setahun, dan kesannya daripada itu, dia tidak senormal orang lain. Demamnya itu telah mematikan beberapa bahagian fungsi otaknya. Namun begitu, berkat dari izin Allah S.W.T dan usaha mak gua yang tidak mengenali maksud penat dan lelah(mum, you're my greatest inspiration), dia mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Gua telah menjadi 'pelindung' kakak gua dari dahulu, dan terlalu banyak kejadian yang gua telah saksikan. Kebanyakkannya terlalu meruntun jiwa. In spite all that, pada gua, dia jauh lebih hebat berbanding orang-orang lain yang gua kenal. Ternyata, Allah S.W.T itu maha mengetahui apakah yang 'sempurna' bagi hamba-hambaNya.

Seperti tajuk blog ini, seumur hidup kita, kita semua telah dan akan terus mengejar pelangi dan kita akan kecewa jika 'pelangi' versi kita tidak sesempurna orang lain. Kelahiran Sarra banyak menyedarkan gua bahawa kesempurnaan itu bukan terletak pada tanggapan dan pengiktirafan orang-orang sekeliling, tetapi pada sejauh mana usaha yang telah kita curahkan, pada rencana Allah S.W.T untuk kita. In the end, hanya Dia-lah yang menentukan kerana Dia-lah kesempurnaan hakiki.

p/s: Terima kasih diucapkan pada semua yang telah menjayakan majlis hari lahir Sarra yang pertama. Kegirangan yang terpancar dari hatinya nampak jelas, meskipun tidak diluahkan melalui ekspresi wajah. You guys made her day, and it means a lot to me. Thank yous!.

Sunday, April 5, 2009

Usaha. Usaha. Usaha. Tawakal. Usaha Balik.

Alhamdulillah, syukur gua ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya, hati dan minda gua terbuka untuk menerima ilmu-ilmu yang sebelum ini agak asing bagi gua. Semua ilmu yang gua peroleh ini berkaitan ke arah kebaikkan anak gua. Sungguhpun begitu gua rasa masih banyak lagi yang perlu gua pelajari dan perjalanan gua, Ita dan Sarra masih jauh. Insya Allah, gua dan Ita akan terus melangkah bersama-sama Sarra.

patah sayap bertongkatkan paruh,
patah paruh bertongkatkan siku,
patah siku bertongkatkan dagu,
patah dagu bertongkatkan kuku

Gua takkan sia-siakan harapan dari Sarra dan amanah dari Allah S.W.T yang telah diletakkan di atas bahu gua. Whatever it takes, gua akan pastikan satu hari nanti Sarra akan memandang tepat ke mata gua dan berkata "Sarra sayang Abi dan Ummi".

Thursday, March 26, 2009

Naluri seorang kanak-kanak.

Anak gua demam dua hari kebelakangan ini. Nak tumbuh gigi (lagi). Pulak tu, demamnya datang bersama-sama rakan-rakan baik dia; batuk dan selsema. Kasihan. Untuk seseorang seperti Sarra, gua kagum dengan hati besinya. Dia akan merengek hanya bila terasa sangat rimas. Signal bagi gua untuk peluk dia, untuk menghentikan kegelisahannya. Teringat gua masa demam kecik-kecik dulu. Mak gua akan setia menemani gua di sisi. This time, turn gua untuk laksanakan perbuatan yang sama, memenuhi keperluan naluri anak gua untuk berasa selamat dan disayangi.

Pagi ini gua dikejutkan dengan bunyi gurauan Ita bersama Sarra. Ita bilang suhu badan Sarra sudah turun. Gua tengok pun Sarra dah mula senyum-senyum. Alhamdulillah. Sesungguhnya kesabaran itu ada ganjarannya.

Gua notice sesuatu pagi ini, mata Sarra sudah mula boleh mengekori pergerakan flashcard hasil ciptaan gua dan Ita. Gua memang tau dia boleh melihat, doc aje yang pandai mengeluarkan hipotesis yang bukan-bukan. Anak gua, tentulah gua dengan Ita lebih arif! Kebelakangan ini juga gua lihat Sarra begitu aktif bermain. Begitu bersungguh dia cuba untuk menghiburkan hati gua dan Ita dengan caranya yang unik lagi tersendiri. Hahaha. Abi hargai sangat-sangat sangat kesungguhanmu nak.

Satu fakta yang gua telah baca dan amat tertarik; kanak-kanak akan terus bermain, kerana ini naluri mereka, biar pun berjuta kekangan yang terpaksa dihadapinya. They are smarter than what you think they are. Lantas mengingatkan gua pada sifat 'Adaptive', salah satu dari fitrah manusia. Kalau kita tak boleh buat A, kita cuba B.

Satu motivasi bagi kita-kita yang senantiasa mudah berputus asa.

Thursday, March 12, 2009

Maafkan gua yang selalu lupa.















"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?

dan Kami telah pun menurunkan bebanmu darimu
,
yang memberatkan belakang mu
,
dan Kami tinggikan sebutan namamu bagimu
,
maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
,
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
,
maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan lain),
tetaplah bekerja keras (utk urusan lain-kembali pada Tuhanmu)
,
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."


- al-Insyirah

Surah ini telah acapkali menjadi pengubat hati gua, di kala situasi menjadi terlalu mendesak hingga gua rasa lemas dan terkadang tidak mampu untuk gua teruskan lagi. Alhamdulillah, benarlah seperti yang apa mak gua sering pesan, keadaan akan berubah bila kita redha terhadap ketentuanNya.

Hakikat itu memang sesuatu yang terlalu pahit untuk kita telan, tapi ingatkah kita bahawa Allah itu
al-Rahman dan al-Rahim?

Tuesday, March 10, 2009

Bahasa Termudah













Suatu masa..

"Agak-agak dia tahu tak yang kita sayang kat dia?"

"Mestilah..kot tak takkan dia pandai nangis ngada-ngada..lagi kita peluk, lagi dia nangis!"

"Emm..hahaha..pandai anak abi nih!"

Sesungguhnya bahasa yang termudah itu adalah kasih sayang.