Monday, August 17, 2009

Perihal zoo.

Semalam, semasa menonton tv, gua mengajukan niat suci gua yang sudah lama terpendam kepada Cik Puan Ita untuk kesekian kalinya;

"Cayangggg... Abang nak jadik sukarelawan Zoo Negara boleh tak?"

Dan untuk kesekian kalinya juga, dalam perkiraan masa yang tak lebih dari 0.5 saat, niat gua itu dinafikan. Nampak sangat dia tak consider apa niat gua itu.

"Tak payahla".

Bluerghhh
.

Ada lagi pertikaian yang berlaku selepas itu, tapi tak perlulah gua nyatakan di sini. Like seriously weyhhh, rutin life gua sekarang adalah pergi kerja, balik kerja dan jaga anak. Duh. There's more to this life then just doing those things. Gua nak cuba macam-macam. Gua nak participate dalam semua benda. Gua NAK Sarra ada sekali semasa gua participate dalam semua benda. The fact that I know a capybara is a member from the rodent family would've make me a great zoo volunteer!















Capybara


Entahla, mungkin gua kena merancang kembali strategi dan cuba approach yang lain. As always, we live to fight another day.

Speaking of which, gua rasa dah time untuk gua bawak Sarra pergi zoo. Ada sesiapa yang nak join? The more the merrier.

p/s: Eh cayang tau tak..kat Amerika belah-belah Wisconsin sana tuh, ada terapi binatang untuk budak-budak CP tau. Diorang pakai dolphin, anjing laut, macam-macam lagikla. Kalau abang jadik volunteer kat Zoo Negara kan, mesti senang wat terapi untuk Sarra!

Monday, August 10, 2009

Luahan rasa.

Hari ini setelah tiba di office (dari Seremban) seperti biasa gua kickstarted the day dengan membaca blog rakan-rakan. Sehabis membaca posting Ina yang terbaru, hati gua terdetik sebentar. Gua teringat kembali peristiwa yang berlaku semalam di Ikea. Actually peristiwa itu taklah sebesar mana sehingga ingin membuatkan gua tidak sabar-sabar hendak memberitahu Ita (mula-mula nak beritahu, tapi somewhat terlupa). Tapi entahlah, mungkin fatherly instinct gua yang mungkin meluap-luap ketika peristiwa itu berlaku, gua terasa benar-benar ingin bertindak di luar kawalan. Ada seorang wanita (Melayu Islam, sungguh ironi) yang sarat mengandung, memandang Sara yang ketika itu di dalam stroller dengan pandangan yang membayangkan seribu macam penafsiran. Gua tak kisah kalau dia nak pandang kerana alasan 'mata aku, aku punya pasal la nak pandang apa', dan gua BUKANLAH sesekali seorang yang bersifat judgemental dan mengecap dia sebagai jelek terhadap anak-anak OKU, tetapi hakikatnya, kalau dah kaki itu terus melangkah ke depan, bukankah mata juga harus pandang ke depan? Ini tidak, matanya masih 'fix' ke arah Sara walaupun dia sudah 7-8 langkah dari kami!

Gua ingin benar menghuraikan di sini bagaimana perasaan gua pada ketika itu. Bagaimana gua ingin sangat-sangat menjerit kepada perempuan itu; "Hoi! Comel sangat ke anak aku ni?!", bagaimana gua ingin sangat-sangat beritahu suami wanita itu; "Bro, gua rasa bini lu nak ngorat gua la, dari tadik dia pandang-pandang gua", dan yang paling utama, bagaimana gua ingin pergi dekat ke wanita itu, beri salam kepadanya dan mengucapkan, "Ye, saya tahu anak saya ni nampak pelik pada mata akak, terbaring je, tak pandai nak gerak-gerak tangan ngan kaki dia, dan mata dia asek pandang je bumbung stroller ni. Senang cakap, tak macam anak sulung akak yang comel tu ha! Pandai berlari-lari, pandai pegang tangan akak dengan laki akak, mulut keletah becakap macam-macam, pandai nak mintak itu ini. Tapi penah tak telintas di hati akak, yang Allah TAK PENAH mencipta sesuatu yang sia-sia? Setiap ciptaanNya itu punya peranan masing-masing, hatta seekor babi pun! Anak saya tak mintak dilahirkan begini kak, dan kelahirannya adalah ujian untuk semua, bukan untuk saya dengan bini saya aje, untuk akak sekali pun!".

Adakah gua bersikap terlalu emosional? Wajarkah gua berasa sebegini, sedangkan gua tidak mengetahui sekelumit pun apakah yang difikirkan oleh wanita itu? Seperti yang gua nyatakan di atas, MUNGKIN naluri kebapaan gua mengalir terlalu banyak dalam diri gua. Mungkin wanita itu mendoakan agar bayi yang dikandungnya tidak akan menjadi semacam Sarra. Mungkin juga, wanita itu mendoakan kesejahteraan Sarra dan kekusyukkan doanya membuatkan beliau terlupa untuk melepaskan pandangannya dari Sarra.

At the end of the day, gua masih seorang manusia yang tak mampu untuk menipu dirinya sendiri. Gua seorang bapa yang punya konsep dan prinsip kebapaan gua tersendiri. Gua terasa sangat-sangat kesal kerana daripada semua benda (selain daripada qada' dan qadar Allah), perkara-perkara seperti inilah yang gua tidak mampu untuk lindungi Sarra. Gua tiada daya untuk hindari dia daripada mata-mata yang memberi pandangan jelek dan mulut-mulut yang berbisik. Gua tahu ia suatu yang mustahil, tapi gua semacam tak sanggup biarkan anak gua diperlakukan sebegitu. Gua sedar gua sedang putting the weight of the world on my shoulders. Gua sedar kerana gua telah diberi kesedaran, dan gua hendak benar menyebarkan kesedaran ini. Gua ingin beritahu semua tentang 'Welcome to Holland'. Gua ingin beritahu semua bagaimana kelahiran Sarra telah banyak mengubah gua.

Tapi... Entahlah.

Monday, August 3, 2009

Sibuk.

Alasan favourite. Hahaha. Honestly, memang gua sibuk these past few weeks. Apa nak buat, kuli orang. Harapan gua agar blog ini tidak menjadi seperti moyang-moyangnya dahulu (mati secara perlahan-lahan).

Banyak perkara telah berlaku kebelakangan ini; yang baik, yang buruk, yang kelat dan yang manis. Memang lumrah kehidupan manusia, selagi diri masih bernyawa, selagi itu ia tidak akan sunyi dari didatangi kejadian-kejadian untuk dihisab serta dinilaikan. Samada anda mendapat pengajaran atau tidak, that's a different story. Anyway, mungkin terlalu overkill kalau gua ingin coretkan setiap event di sini.

Sarra? Yeah, dia masih tabah seperti first time gua jumpa dia dulu. Mulutnya kerap ternganga-nganga seperti ingin membalas perbualan gua. Mengingatkan gua kepada... ikan piranha. Hahaha. Maafkan mulut abi nak. Abi terlalu banyak menonton Animal Planet.

Oh ya, Nabila dan family melawat gua sekeluarga pada ahad lepas. Seronok. Gua rasa, adalah beberapa bulan juga gua dan Ita berhenti mengadakan Super Sunday Lunch. Syukur kerana gua masih tidak kekok untuk 'beraksi' di dapur. Everything went out smoothly. Harapan gua sekeluarga agar mereka tidak serik untuk berkunjung lagi.

p/s: Tanggal 19 Julai lepas, termaktublah sudah 8 tahun gua bercinta dengan Norhasnita Zakaria. Tinggal 42 tahun je lagi untuk jubli perak. Alah, lelap-lelap mata, pegi balik Gedangsa, lepak-lepak Ikano, konpem kita akan sampai punya (Insya-Allah kalau ada umur).

Thursday, June 25, 2009

Kejayaan setahun tanpa rokok (and hopefully many more years to come).

Tahun lepas, gua telah mengambil suatu keputusan yang bakal mengubah hidup gua selama-lamanya - berhenti merokok. Setelah 15 tahun perhubungan love & hate gua dengan Dunhill, gua fikir sudah sampai masanya untuk gua mengucapkan selamat tinggal. 25 Jun 2008 merupakan tarikh yang gua pilih untuk berhenti menghisap, membeli, memegang atau apa saja aktiviti yang ada kaitan dengan rokok. Motivasi gua waktu itu cukup simple; "Tiada siapa yang suruh gua cuba menghisap rokok mula-mula dulu, dan tiada siapa juga yang suruh gua terus menghisap sekarang. Semuanya gua sendiri".

Alhamdulillah, hari ini sudah genap setahun penghijrahan gua. Gua cukup bersyukur kerana sepanjang setahun yang lepas, Allah telah memberikan gua kekuatan untuk menghadapi nicotine withdrawal (gian). Gua menggunakan teknik 'Bawak sebotol air mineral 1.5 liter kemana sahaja anda berada. Kalau larat bawakla 2'. Setiap kali gua terasa ingin merokok, gua akan minum sampai gua terasa hendak muntah. It actually works. Memang tough, tapi tough juga memikirkan future di mana family gua tepaksa menjaga gua yang terlantar di atas katil Hospital Serdang menunggu seruan ajal akibat penyakit jantung koronari. Gua tak mau susahkan orang.

Banyak untungnya yang gua notice sepanjang gua berhenti, antaranya;

1. Gua tidak lagi berbau busuk. Sekarang baru gua sedar betapa busuknya bau penghisap rokok.

2. Gua sentiasa ada duit. Dahulu gua sering menghadapi dilema; nak beli barang dapur atau beli rokok dengan duit 10 ringgit yang masih ada di dalam poket. Biasanya rokoklah.

3. Keyakinan gua bertambah. Dahulu gua tidak akan keluar rumah jika tiada rokok.

4. Food taste A LOT better. Yeah, gua sekarang semakin debab (ala-ala berbadan dua).

5. Gua tidak lagi sakit-sakit dada. Gua pernah batuk berdarah.

6. Stamina gua bertambah. Gua boleh berlari kembali (aktiviti favourite). Running is actually a good stress reliever. Problem now is gua dah lama tak berlari. Kekangan masa.

7. Gua tidak perlu lagi pening kepala memikirkan di mana gua harus sorokkan kotak rokok dan lighter setiap kali gua pulang ke rumah. Gua takut gila kalau kena kantoi dengan Ita.

7. Paling utamanya, gua kini sudah boleh berkata dengan penuh bangga, "I'm not a smoker".

Banyak lagi kebaikkan yang gua boleh tambah di sini, tapi gua rasa ini adalah yang terbaik gua boleh fikirkan setakat ini.

Daripada seorang yang menghisap secara purata 20 batang sehari, gua kini sudah lupa bagaimana rasa asap rokok di mulut.

p/s: Sekadar mengingati kata seseorang yang gua cukup kenal, yang pernah skeptic dan kritik sekeras-kerasnya tindakan gua berhenti, atas alasan bahawa niat berhenti gua salah. Rasional hujah beliau adalah 'Kita kena berhenti atas diri sendiri, bukan sebab orang suruh. Kalau tak nanti kita akan hisap balik.' Dude, memang niat gua berhenti untuk orang lain. A strong man fights for himself. A stronger man fights to save others. Gua rasa selfish kalau gua teruskan hisap rokok. Kenapa? Semua sebab anak gua. She needs me. Kalau gua sakit, takde sapa yang boleh jaga dia. Thats the sole reason of my quitting. Dan sekarang gua amat berterima kasih kepada Sarra, kerana telah memberikan gua pilihan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Tuesday, June 23, 2009

The love of a father.

…and think not you can direct the course of love, for love, if it finds you worthy, directs your course…
-The Prophet, Khalil Gibran.

Ahad lepas merupakan tahun kedua gua menyambut hari bapa (sebagai seorang bapa). Alhamdulillah, sehingga kini, sebagai seorang bapa gua masih belum menerima sebarang aduan dari pihak 'pengguna'. Haha. Hopefully gua dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang ini sehingga bila-bila.

Bila difikirkan kembali, bukannya mudah untuk seorang bapa walking the talk. Untuk menjadi seperti serumpun buluh yang mampu tegak berdiri selepas ribut melanda, anda memerlukan lebih dari ketabahan hati. Adakalanya gua sendiri terpukul jua oleh badai yang melanda. Being a father is a permanent contract which consumes every bit of you, little by little. Whether you remain as the same man as before have always been the issue. Kejutan dan ujian akan datang pada bila-bila masa, dalam bermacam bentuk dan rupa. Bila mana (yang kerap terjadi) sang bapa tersebut merasakan sudah cukup lemah akibat menghadapi sesuatu ujian, dia sebenarnya masih belum didatangi dengan ujian sebenar; ujian terhebat yang memaksa sang bapa tersebut terpaksa sekali lagi menggunakan segala ilmu yang telah dipelajarinya, kecekapan akalnya, kekuatan jiwanya dan kepantasan daya analitiknya dengan saki-baki tenaga yang masih ada. Persoalan yang sering ditanya; adakah sang bapa itu akan masih kekal berdiri teguh dengan semangat yang masih jitu dan hati yang masih membara dengan rasa cinta pada akhir perjuangan?

But if you ask me, does it really worth it in the end, with all the tears, all the sleepless nights, all the fear and the anxieties, the bruised feelings, the shattered heart and the wounded emotions? I would gladly say every second of it, when I see Sarra smiles.

Kebelakangan ini gua dan family sering dipuji oleh kawan-kawan tentang betapa kuatnya kami menghadapi ujian. To be honest, gua tak pernah rasa diri gua kuat. Apa yang gua tahu, gua sayang Sarra dan Ita. That's it. I love them so very much that I know no matter what, LOVE WILL ALWAYS FIND A WAY. Rasa cinta itulah yang banyak membantu gua menghadapi semua ujian itu. Gua semakin dapat menerima bahawa Sarra bukan sakit (fahami maksudnya), it's just that Allah tak berikan semuanya pada Sarra secara pekej lump sum. Satu demi satu, sedikit demi sedikit. Atas sebab apa, hanya Dia-lah yang maha mengetahui. Tugas gua sebagai seorang bapa adalah untuk membantu Sarra 'mencari' semua ini, membantunya untuk berbicara dengan Allah dan membantunya mengetahui bahawa kasih sayang gua tidak pernah dan tidak akan terpadam selama izin-Nya.

Dan oh, selamat hari bapa.

Monday, May 25, 2009

Puteri Sarra Ebok de Kamuks-kamuks berdayang baru.

Sarra sudah tidak menangis lagi ketika mandi! Strangely, Sarra tetap juga menangis bila Ita yang memandikannya! At first gua sangkakan ini hanya sekadar suatu kebetulan, tapi setelah kami bedua bereskperimentasi sebanyak beberapa kali, ternyata, Sarra tidak merengek sedikit pun ketika gua yang mandikan! Alhamdulillah, anak dara ini sudah bisa membezakan di antara sentuhan abi dan ummi. Satu lagi perkembangan Sarra yang gua rasa cukup significant.

So sekarang, dengan rasminya gua sudah ada tugas baru yang cukup mengujakan - menjadi dayang siraman kepada Puteri Sarra Ebok de Kamuks-kamuks.

p/s: Gua tengah mencuba sesuatu - sesuatu yang gua patut lakukan dari dulu lagi. Gua tengah berusaha (semoga menjadi amalan, Insya Allah) untuk memandikan dan mengurut Sarra sambil membaca selawat shifa' dan selawat tafrijiyah pada setiap pagi. Entah, kebelakangan ini minda gua kerap berbalik kepada kata-kata dari Makcik Siti, seseorang yang pernah mengubatkan Sarra dahulu; "Budak ni takde sakit ape. Dia cuma perlukan doa dari mak bapak dia". Semakin gua teliti ayat itu, semakin dalam maksudnya. Syukur sebab hati gua terbuka untuk mencubanya dan gua berharap agar usaha gua ini diberkati Allah. Amin.

Wednesday, May 13, 2009

Emak.

Bersempena hari ibu yang sudah berlalu, post ini gua tujukan khas buat emak gua yang gua teramat sayang. Walaupun emak gua (mungkin) tidak tahu langsung kewujudan blog gua ini, gua harap-harap dengan kuasa Tuhan, mesej gua sampai kepadanya.

Emak,

Ayed tak pasti sama ada mak ingat lagi atau tak, yang ayed pernah macam salahkan mak sebab kenapa tak ubatkan Kak Ita dulu. Masa tu ayed kecik lagi, dan ayed rasa macam tak best main-main ngan Kak Ita. Mak diam je masa ayed tanya soklan yang bunyiknya, "Mak tak bawak Kak Ita pegi spital ke dulu masa dia demam?". Sekarang ni, bila ayed tengok Sarra, ayed paham kenapa mak diam. Maafkan ayed mak. Ayed sedar, ade bende yang tak dapat kita nak buat. Ade bende yang Tuhan tak bagi semua kat kita. Sekarang ni, bila emak dah citer bende-bende yang mak pernah usahakan untuk ubatkan Kak Ita dulu, ayed rase segan mak. Ayed rase ayed mati hidup balik pun ayed tak dapat jadik sekuat mak. Maafkan ayed mak. Ayed tak sepatutnya cakap kat mak camtu dulu. Ayed harap, satu hari nanti Tuhan jadikan Ayed setabah mak.

Yang menyayangi mak sehingga ke akhirat,
Ayed