Friday, February 27, 2009

Perempuan-perempuan berhati besi.

















Dia telah dilahirkan pada 1.10 tengahari, 13 April, tahun 2008. Sehingga kini, pertemuan pertama gua dan dia merupakan anugerah Ilahi yang sungguh tidak ternilai bagi gua. Dia adalah Alisya Qaireen @ Cica @ Sarra @ Dedek, dan dia adalah anak gua.

Kadangkala bila gua termenung sendirian, gua idamkan untuk kembali semula pada saat pertemuan pertama gua dan dia. Gua menemui dia dengan keadaan pace jantung gua yang tak sekata, minda gua yang berkecamuk serta hati gua yang gundah memikirkan bait-bait ayat yang keluar dari mulut doktor yang menyambuat kelahirannya; "Kami terpaksa vaccuum". Anak gua ok kot, bisik hati gua.

Bila gua telah diberitahu oleh nurse bahawa gua sudah boleh untuk melihat anak gua, kegirangan yang terpancar di hati gua melebihi dari saat Ita setuju untuk hidup bersama dengan gua. Gua telah diberitahu yang anak gua berada di NICU (Neonatal Intensive Care Unit) untuk pemerhatian rapi. Atas sebab apa, gua tak pula tau pada waktu itu. Tak kisahlah, janji gua dapat bertemu dia. Dalam setiap langkah gua ke sana, gua tak habis-habis memikirkan bagaimanakah rupa anak gua.

Setibanya gua di NICU, gua rasa dunia ni macam tak cukup sejuk untuk hati gua yang semakin hangat. Gua telah di-guide oleh seorang nurse untuk membawa gua berjumpa anak gua. Kami pun berjalan seketika, dan sepanjang hidup gua, gua tak pernah lihat bayi-bayi seramai ini. Ada beberapa orang bayi yang dipenuhi dengan wayar sehingga mustahil gua rasa mak bapak diorang nak cam. Tiba-tiba nurse tu berhenti, seraya berkata, "Kat situ anak encik. Boleh pegang, tapi pegang perlahan-lahan ye."

Itu dia, di dalam katil yang agak tinggi sikit compare dengan bayi-bayi lain.

Dari tempat gua berdiri ketika itu, gua ternampak sepasang kaki comel yang lincah menendang-nendang ke udara, sama seperti menendang perut ummi-nya dulu. Gua pantaskan langkah untuk pergi dekat dengannya. Akhirnya, mata kami bertentangan.

Lonjong kepala dia. Tak kisahlah.

Waktu bergerak dengan kadar yang sungguh perlahan; seakan-akan terhenti. Ekspresi wajah dia seolah-olah cuba memberitahu gua sesuatu..

"Abi, inilah saya. Saya telah melalui suatu ujian yang saya rasa sungguh susah dan di luar kemampuan saya, tapi akhirnya saya berjaya juga dengan izin Allah SWT kerana saya nak buktikan pada Abi dan Ummi yang saya ni seorang anak yang tabah, dan saya nak merasa kebahagiaan hidup bersama-sama dengan Abi dan Ummi. Adakah Abi akan terima saya dengan keadaan saya ini?"

Gua rasa pipi gua basah. Manik tangisan berjuraian dari mata gua.

Gua menangis. Menangis bukan sebab rupa anak gua, tapi menangis sebab gua terharu kerana anak gua survive ujian hidupnya yang pertama - kelahiran. Gua terharu kerana ketabahan hati 'besi'nya untuk tetap juga hidup, meskipun ujian yang dihadapinya cukup berat bagi budak sebesar dia. Gua tremble, and for the first time, gua gugup kerana tewas dengan kecekalan hati besi anak gua. Apa yang gua tau, gua berjanji akan menjaga anak dan amanah ini dengan sedaya upaya gua. Gua rangkul dia dan cuba untuk senyum dengan saki baki tenaga yang gua ada pada masa tu.

Selang beberapa ketika kemudian, gua bertemu dengan Ita. Gua terkedu sekali lagi, kerana Ita telah menceritakan apa yang telah berlaku dan dia beria-ia memohon maaf dari gua. Ketabahan hatinya untuk melahirkan anak gua telah membuatkan dia tidak menghiraukan kesakitan yang telah dialaminya. Gua terima dan TIDAK, tidak pernah sesekali terlintas di hati gua untuk menyalahkan Ita di atas apa yang telah berlaku.

Tarikh 13 April 2008 akan tetap menjadi tarikh keramat yang akan sentiasa terpahat di hati gua, di mana pada tarikh tersebut, gua sedar yang gua menyayangi perempuan-perempuan berhati besi.

Tuesday, February 24, 2009

Introduction

"Sekali lagi percubaan untuk ku memblog"

Hahaha. Yes. It's official. I'm back to blogging again. If I recall, I had two blogs prior to this one, and all of them went to a state of hiatus, and slowly, they rot and vanished. Anyway, gua bukan ade bende menarik pun nak tulis beb.

This time, it will be different. Not that I will write something super duper special to it, but rather, I will sincerely documenting the journey of my daughter and my family, and also perhaps for everyone who feels like they are endlessly chasing something as beautiful as the 'pelangi'. Kita semua dambakan kebahagiaan di dalam hidup, tapi Allah SWT telah merencanakan sesuatu untuk hamba-hambaNya. Fate, will not be interesting without a little twist of irony. So there you go, an introduction to a humble blog.