Gua cuti hari ini, setelah 3 hari bekerja seperti hendak gila menyiapkan mock-up untuk preso (presentation) IIUM. Seperti biasa, Cik Puan Ita akan menarik muka 14 kerana terpaksa menunggu gua sehingga lewat malam. Kalau 'bernasib baik', pernah juga sehingga subuh. Terlintas jua di pemikiran untuk menukar kerjaya kepada sesuatu yang lebih konvensional, tapi gua tak pasti akan bertahan lama. Plus, dari hari ke hari hati gua semakin kerap mempersoalkan kerasionalan di sebalik kerjaya makan gaji. It seems like i'm getting sick of living from paycheck to paycheck. Gua ingin menjadi bos kepada diri gua sendiri! Gua kepingin untuk mengusahakan sesuatu dan memerhatikan jatuh bangun apa yang gua usahakan itu!
Tapi apakah yang patut gua usahakan? A design firm? Oh tidak.. gua arif benar dengan kegilaannya. Kedai runcit? Di sini saja sudah ada 15 kedai runcit dan dua hyper-market.
Kafe? Hmmmmmmmmmmmmmmmmm.
Bayangkan, sebuah kafe kecil bernama Le Bastion, yang mana:
1. Bersuasanakan seperti rumah. Ada satu set sofa fabrik dan hamparan bulu bebiri. Kerusi dan meja makan adalah dari kayu.
2. Cosy, lampu yang tak terlalu dim. Air cond juga tidak terlalu sejuk. Nyaman.
3. Berlatarkan muzik yang berbeza mengikut hari; Isnin adalah blues zaman 50's, Selasa adalah era kegemilangan Beatles sekitar 60's dan yada yada yada
4. Berlantai hard wood dan berdinding warna olive yang dicat dengan kasar demi mewujudkan tekstur. Feature wall adalah dinding batu bata yang tak di-plaster (separa siap)
4. Menu hidangan yang rata-ratanya rustic; roast chicken dan roast lamb, potatoes dan spinach.
5. Ada seorang budak perempuan yang cuba untuk membantu ayahnya yang sedang sibuk melayan pelanggan. Walaupun berjalan itu adalah tersangat sukar bagi budak perempuan tersebut, tetapi dia tetap gigih menyusun langkahnya satu persatu untuk mengekori ayahnya. Si ayah yang tadinya sibuk, menjadi tidak sampai hati lalu cuba mendukungnya, tapi ditolak oleh budak perempuan itu sendiri kerana dia ingin dilihat sebagai seorang yang gigih berusaha dan rajin. Ayahnya tersenyum lantas memimpin tangan budak itu dan cuba berjalan mengikut ritma budak perempuan tersebut dan mereka pergi mengambil order di meja nombor 8.
Ahhh, gua dengan imaginasi gua. Tak habis-habis.
Biar dululah. Masanya akan tiba nanti, insya-Allah.
insyaallah..masa tu akan tiba,,jgn lupe kongsi ngan aku...nk modal 50k???alah kicik punya hal betti!
ReplyDeleteTatkala membaca ini, Pn Ita tak tarik muka 14 dah, tapi dia sangat ingin mahu sama-sama berusaha ke arah itu...
ReplyDeleteWalaupun muka 14 yang gua tarik, gua tetap sayang sama lu!
huhu..aku Amin kan yek farid.. Amin..:)
ReplyDeleteamin la farid. kalau perlukan partber, cakap la :P manalah tahu, eden pun resign jugak!
ReplyDeleteZura: Cayalah Zura. Mintak sikit
ReplyDeleteIta: Elehhhhh. Gua sayang kat lu gak.
Ina: Maceh Ina. Dah bukak sok mehla datang makan. Ahahaha.
Put: Maceh Put. Resign je. Hahaha
Salam..
ReplyDeleteMasa baca no. 1-4 tu..wow..bestnya kalau ia realiti..nak gak datang cafe tu..
Tapi yang no. 5 tu..cam sayu je hati nih...
Mamasoffy: Salam, terima kasih sebab sudi tinggalkan komen. Maafkan jika terasa sayu. Hahaha, kadangkala imaginasi ini berlayar jauh tanpa disedari.
ReplyDeleteWah..chaiyok2x bro, semoga dipermudahkan segalanya.
ReplyDeletehahah..farid.. perabut kayu we all leh supply...muhahaha
ReplyDelete