Tahun lepas, gua telah mengambil suatu keputusan yang bakal mengubah hidup gua selama-lamanya - berhenti merokok. Setelah 15 tahun perhubungan love & hate gua dengan Dunhill, gua fikir sudah sampai masanya untuk gua mengucapkan selamat tinggal. 25 Jun 2008 merupakan tarikh yang gua pilih untuk berhenti menghisap, membeli, memegang atau apa saja aktiviti yang ada kaitan dengan rokok. Motivasi gua waktu itu cukup simple; "Tiada siapa yang suruh gua cuba menghisap rokok mula-mula dulu, dan tiada siapa juga yang suruh gua terus menghisap sekarang. Semuanya gua sendiri".
Alhamdulillah, hari ini sudah genap setahun penghijrahan gua. Gua cukup bersyukur kerana sepanjang setahun yang lepas, Allah telah memberikan gua kekuatan untuk menghadapi nicotine withdrawal (gian). Gua menggunakan teknik 'Bawak sebotol air mineral 1.5 liter kemana sahaja anda berada. Kalau larat bawakla 2'. Setiap kali gua terasa ingin merokok, gua akan minum sampai gua terasa hendak muntah. It actually works. Memang tough, tapi tough juga memikirkan future di mana family gua tepaksa menjaga gua yang terlantar di atas katil Hospital Serdang menunggu seruan ajal akibat penyakit jantung koronari. Gua tak mau susahkan orang.
Banyak untungnya yang gua notice sepanjang gua berhenti, antaranya;
1. Gua tidak lagi berbau busuk. Sekarang baru gua sedar betapa busuknya bau penghisap rokok.
2. Gua sentiasa ada duit. Dahulu gua sering menghadapi dilema; nak beli barang dapur atau beli rokok dengan duit 10 ringgit yang masih ada di dalam poket. Biasanya rokoklah.
3. Keyakinan gua bertambah. Dahulu gua tidak akan keluar rumah jika tiada rokok.
4. Food taste A LOT better. Yeah, gua sekarang semakin debab (ala-ala berbadan dua).
5. Gua tidak lagi sakit-sakit dada. Gua pernah batuk berdarah.
6. Stamina gua bertambah. Gua boleh berlari kembali (aktiviti favourite). Running is actually a good stress reliever. Problem now is gua dah lama tak berlari. Kekangan masa.
7. Gua tidak perlu lagi pening kepala memikirkan di mana gua harus sorokkan kotak rokok dan lighter setiap kali gua pulang ke rumah. Gua takut gila kalau kena kantoi dengan Ita.
7. Paling utamanya, gua kini sudah boleh berkata dengan penuh bangga, "I'm not a smoker".
Banyak lagi kebaikkan yang gua boleh tambah di sini, tapi gua rasa ini adalah yang terbaik gua boleh fikirkan setakat ini.
Daripada seorang yang menghisap secara purata 20 batang sehari, gua kini sudah lupa bagaimana rasa asap rokok di mulut.
p/s: Sekadar mengingati kata seseorang yang gua cukup kenal, yang pernah skeptic dan kritik sekeras-kerasnya tindakan gua berhenti, atas alasan bahawa niat berhenti gua salah. Rasional hujah beliau adalah 'Kita kena berhenti atas diri sendiri, bukan sebab orang suruh. Kalau tak nanti kita akan hisap balik.' Dude, memang niat gua berhenti untuk orang lain. A strong man fights for himself. A stronger man fights to save others. Gua rasa selfish kalau gua teruskan hisap rokok. Kenapa? Semua sebab anak gua. She needs me. Kalau gua sakit, takde sapa yang boleh jaga dia. Thats the sole reason of my quitting. Dan sekarang gua amat berterima kasih kepada Sarra, kerana telah memberikan gua pilihan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
salam..wow..farid kena share ngan zul nih..dia pun nak berenti tapi tak tau cara..huhu..
ReplyDeletea big salute man...
ReplyDeletegud luck 4 many more years 2 come...
(paye dah berhenti 5 years now...hopefully kamu-kamu akan berjaye...ingat lah orang tersayang...)
@Noina:
ReplyDeleteIna, suh zul ikut cara minum air tu, insya-Allah. Asal nak isap je, lantak gogok air tu sampai macam nak muntah. Minum air banyak2 pun leh detox badan, bagik flush semua nikotin keluar. Selagi nikotin tu masih ade dalam badan, memang susah nak benti.
@MelissAziezul:
Thanks lis. Yeah.
abg..biler abg batuk darah? nape ayg x tau? tahniah sgt2 utk abi...sarra lah om paling hepi bile abi dah stop smoking...kot x mesti ummi bebel2...
ReplyDelete@ita zakaria:
ReplyDeleteSaje tanak bitau. Taim tuh masih perokok tegar. Haha.