Hari ini setelah tiba di office (dari Seremban) seperti biasa gua kickstarted the day dengan membaca blog rakan-rakan. Sehabis membaca posting Ina yang
terbaru, hati gua terdetik sebentar. Gua teringat kembali peristiwa yang berlaku semalam di Ikea. Actually peristiwa itu taklah sebesar mana sehingga ingin membuatkan gua tidak sabar-sabar hendak memberitahu Ita (mula-mula nak beritahu, tapi somewhat terlupa). Tapi entahlah, mungkin fatherly instinct gua yang mungkin meluap-luap ketika peristiwa itu berlaku, gua terasa benar-benar ingin bertindak di luar kawalan. Ada seorang wanita (Melayu Islam, sungguh ironi) yang sarat mengandung, memandang Sara yang ketika itu di dalam stroller dengan pandangan yang membayangkan seribu macam penafsiran. Gua tak kisah kalau dia nak pandang kerana alasan 'mata aku, aku punya pasal la nak pandang apa', dan gua BUKANLAH sesekali seorang yang bersifat
judgemental dan mengecap dia sebagai jelek terhadap anak-anak OKU, tetapi hakikatnya, kalau dah kaki itu terus melangkah ke depan, bukankah mata juga harus pandang ke depan? Ini tidak, matanya masih 'fix' ke arah Sara walaupun dia sudah 7-8 langkah dari kami!
Gua ingin benar menghuraikan di sini bagaimana perasaan gua pada ketika itu. Bagaimana gua ingin sangat-sangat menjerit kepada perempuan itu; "Hoi! Comel sangat ke anak aku ni?!", bagaimana gua ingin sangat-sangat beritahu suami wanita itu; "Bro, gua rasa bini lu nak ngorat gua la, dari tadik dia pandang-pandang gua", dan yang paling utama, bagaimana gua ingin pergi dekat ke wanita itu, beri salam kepadanya dan mengucapkan, "Ye, saya tahu anak saya ni nampak pelik pada mata akak, terbaring je, tak pandai nak gerak-gerak tangan ngan kaki dia, dan mata dia asek pandang je bumbung stroller ni. Senang cakap, tak macam anak sulung akak yang comel tu ha! Pandai berlari-lari, pandai pegang tangan akak dengan laki akak, mulut keletah becakap macam-macam, pandai nak mintak itu ini. Tapi penah tak telintas di hati akak, yang Allah TAK PENAH mencipta sesuatu yang sia-sia? Setiap ciptaanNya itu punya peranan masing-masing, hatta seekor babi pun! Anak saya tak mintak dilahirkan begini kak, dan kelahirannya adalah ujian untuk semua, bukan untuk saya dengan bini saya aje, untuk akak sekali pun!".
Adakah gua bersikap terlalu emosional? Wajarkah gua berasa sebegini, sedangkan gua tidak mengetahui sekelumit pun apakah yang difikirkan oleh wanita itu? Seperti yang gua nyatakan di atas, MUNGKIN naluri kebapaan gua mengalir terlalu banyak dalam diri gua. Mungkin wanita itu mendoakan agar bayi yang dikandungnya tidak akan menjadi semacam Sarra. Mungkin juga, wanita itu mendoakan kesejahteraan Sarra dan kekusyukkan doanya membuatkan beliau terlupa untuk melepaskan pandangannya dari Sarra.
At the end of the day, gua masih seorang manusia yang tak mampu untuk menipu dirinya sendiri. Gua seorang bapa yang punya konsep dan prinsip kebapaan gua tersendiri. Gua terasa sangat-sangat kesal kerana daripada semua benda (selain daripada qada' dan qadar Allah), perkara-perkara seperti inilah yang gua tidak mampu untuk lindungi Sarra. Gua tiada daya untuk hindari dia daripada mata-mata yang memberi pandangan jelek dan mulut-mulut yang berbisik. Gua tahu ia suatu yang mustahil, tapi gua semacam tak sanggup biarkan anak gua diperlakukan sebegitu. Gua sedar gua sedang putting the weight of the world on my shoulders. Gua sedar kerana gua telah diberi kesedaran, dan gua hendak benar menyebarkan kesedaran ini. Gua ingin beritahu semua tentang
'Welcome to Holland'. Gua ingin beritahu semua bagaimana kelahiran Sarra telah banyak mengubah gua.
Tapi... Entahlah.