Hari ini setelah tiba di office (dari Seremban) seperti biasa gua kickstarted the day dengan membaca blog rakan-rakan. Sehabis membaca posting Ina yang terbaru, hati gua terdetik sebentar. Gua teringat kembali peristiwa yang berlaku semalam di Ikea. Actually peristiwa itu taklah sebesar mana sehingga ingin membuatkan gua tidak sabar-sabar hendak memberitahu Ita (mula-mula nak beritahu, tapi somewhat terlupa). Tapi entahlah, mungkin fatherly instinct gua yang mungkin meluap-luap ketika peristiwa itu berlaku, gua terasa benar-benar ingin bertindak di luar kawalan. Ada seorang wanita (Melayu Islam, sungguh ironi) yang sarat mengandung, memandang Sara yang ketika itu di dalam stroller dengan pandangan yang membayangkan seribu macam penafsiran. Gua tak kisah kalau dia nak pandang kerana alasan 'mata aku, aku punya pasal la nak pandang apa', dan gua BUKANLAH sesekali seorang yang bersifat judgemental dan mengecap dia sebagai jelek terhadap anak-anak OKU, tetapi hakikatnya, kalau dah kaki itu terus melangkah ke depan, bukankah mata juga harus pandang ke depan? Ini tidak, matanya masih 'fix' ke arah Sara walaupun dia sudah 7-8 langkah dari kami!
Gua ingin benar menghuraikan di sini bagaimana perasaan gua pada ketika itu. Bagaimana gua ingin sangat-sangat menjerit kepada perempuan itu; "Hoi! Comel sangat ke anak aku ni?!", bagaimana gua ingin sangat-sangat beritahu suami wanita itu; "Bro, gua rasa bini lu nak ngorat gua la, dari tadik dia pandang-pandang gua", dan yang paling utama, bagaimana gua ingin pergi dekat ke wanita itu, beri salam kepadanya dan mengucapkan, "Ye, saya tahu anak saya ni nampak pelik pada mata akak, terbaring je, tak pandai nak gerak-gerak tangan ngan kaki dia, dan mata dia asek pandang je bumbung stroller ni. Senang cakap, tak macam anak sulung akak yang comel tu ha! Pandai berlari-lari, pandai pegang tangan akak dengan laki akak, mulut keletah becakap macam-macam, pandai nak mintak itu ini. Tapi penah tak telintas di hati akak, yang Allah TAK PENAH mencipta sesuatu yang sia-sia? Setiap ciptaanNya itu punya peranan masing-masing, hatta seekor babi pun! Anak saya tak mintak dilahirkan begini kak, dan kelahirannya adalah ujian untuk semua, bukan untuk saya dengan bini saya aje, untuk akak sekali pun!".
Adakah gua bersikap terlalu emosional? Wajarkah gua berasa sebegini, sedangkan gua tidak mengetahui sekelumit pun apakah yang difikirkan oleh wanita itu? Seperti yang gua nyatakan di atas, MUNGKIN naluri kebapaan gua mengalir terlalu banyak dalam diri gua. Mungkin wanita itu mendoakan agar bayi yang dikandungnya tidak akan menjadi semacam Sarra. Mungkin juga, wanita itu mendoakan kesejahteraan Sarra dan kekusyukkan doanya membuatkan beliau terlupa untuk melepaskan pandangannya dari Sarra.
At the end of the day, gua masih seorang manusia yang tak mampu untuk menipu dirinya sendiri. Gua seorang bapa yang punya konsep dan prinsip kebapaan gua tersendiri. Gua terasa sangat-sangat kesal kerana daripada semua benda (selain daripada qada' dan qadar Allah), perkara-perkara seperti inilah yang gua tidak mampu untuk lindungi Sarra. Gua tiada daya untuk hindari dia daripada mata-mata yang memberi pandangan jelek dan mulut-mulut yang berbisik. Gua tahu ia suatu yang mustahil, tapi gua semacam tak sanggup biarkan anak gua diperlakukan sebegitu. Gua sedar gua sedang putting the weight of the world on my shoulders. Gua sedar kerana gua telah diberi kesedaran, dan gua hendak benar menyebarkan kesedaran ini. Gua ingin beritahu semua tentang 'Welcome to Holland'. Gua ingin beritahu semua bagaimana kelahiran Sarra telah banyak mengubah gua.
Tapi... Entahlah.
abang...nape ayg x tau citer nih? nape semalam abg x cakap pun ade om camtuh dok tgk adik? kalau ayg tau...nak ajer ayg 'renung' pompan tuh. nak tau gak ape sebenar die pikir! honestly, ayg tak suke 'orang' macam nih!!!!
ReplyDeletesalam Farid..
ReplyDeletekitaorg sendiri pun banyak mengalami perkara yang telah terjadi pada kalian bertiga..entahlah..kenapalah ada lagi org2 cam gini kat dunia ini. Kalau rasa tak nak tgk..usah tgk..usah difikir bukan-bukan..kdg2..mereka2 nih mmg tak paham..kdg2 sedih..rasa nak ketawa pun ada. Sibuk sgt dengan hal org..hal sendiri tak nak jaga..huhu..
Apapun..biarkan..fikir positif..mungkin dia tgk Sarra comel kot. Nak amik sket muka sarra untuk anak dia..Kalau dia pandang jelek..tak taulah..kalau dia pandang mcm suka..sah mmg dia minat kat Sarra..Yelah..Sarra mmg comel..Pakai apa pun cantik..!The most cutest baby in the world..hehe..
ape ko tak sergah jer org mcm tu?..tanye lah..ape yg dipandangnye???...
ReplyDeleteisk...buleh ke aku ckp mcm nie??...tak bagus lah..
next time kalau org pandang mcm tu..ko pandang balik..n ko beri senyuman sehabis manissss kat dia ye...jgn marah2 lah...tuhan tgh uji ko nie...kite praktikkan kehidupan penuh dgn positive walaupun ianye menyakitkan...ok bro!!
Salam Farid..
ReplyDeleteJiey faham sangat apa yang Farid cakap. Memang menyakitkan. Kadang2 manusia ni, tak cukup dgn mata yang memandang, ditambah pula dengan mulut yang sedap berkata-kata..
Setakat ni, dua kali pengalaman Jiey yang paling2 dan amat2 menyakitkan bila berdepan dengan mulut orang.
http://kernakasihkita.blogspot.com/2008/12/tidak-terlebih-berbicara.html
http://kernakasihkita.blogspot.com/2009/08/masih-menjadi-persoalan.html
Memang sakit. Memang perit. Hanya kita yang tahu rasa sakit itu. Moga2 Allah SWT membuka mata dan hati mereka. Aminnnn
@Ita Zakaria
ReplyDeleteMemula memang nak bitau, tapi lepas tu lupa. Bengang gile taim tuh, sampai te-blur jap.
@Noina
Salam Ina.
Mekaceh sebab puji Sarra cantik. Tahla na, kenkadang ati ni takleh nak tipu. Bile tekena perkara yang menyakitkan ati, tu yang kenkadang nak bertindak ekstrem je tu!
@cmba
Aku memang amalkan cara hidup positif ni, tapi biasalah, orang lain masih negatif gak!
@Jiey^Mien
Salam Jiey.
Aminnnnnn. Tak bukak gak meh kita bukkakkan! Kena start awareness campaign ni..hmmm
ALAMAK!! sama plak apa yg nk aku komen ngan si Jiey.. :P
ReplyDeleteAku paham SANGAT farid! Aku pon ada anak special. Banyak kali aku kene 'tempoh' ngan org2 yg macam ni!!
Paling dasyat penah kene sorang pompuan tu siap panggil anak dia (yg lasak x henggat!) tunjuk anak aku. dia ckp ngan anak dia "nak jadi camtu? nak?!" - konon nk takutkan anak dia!
Ah! mmg SIAL!! Org camni bila dah kene kat btg idung sendiri baru tau perasaan kita!
Eh, lupa plak nk bagitau. Anak ke 2 aku tu tinga belah kanan dia takde..huhuhuhu.
Salam kenal.. :)