Sunday, October 24, 2010

Taik yang sama (same ol' sh*t).

Hari ini Cik Puan Ita bekerja, eventhough it's Sunday. Orang-orang press, biasalah. Gua baru sahaja kembali daripada menghantarnya ke tempat kerja. Gua sayang gila Cik Puan Ita gua ni, gua tak mau dia kena panas dan diganggu oleh lelaki-lelaki tidak bermoral jika dia menaiki transport awam. Hahah.

As usual, on Sunday our routine starts with having breakfast at TY which is near our crib. Makanan di sini oklah, tak superb. Tapi taklah teruk juga. Pelanggan TY agak ramai hari ini compare dari minggu-minggu yang lepas. Roti canai habis awal, so we ordered something else.

Dan di kala gua sedang layan makanan gua, Cik Puan Ita membisikkan sesuatu, "Sampai macam tu sekali ke nak pandang?".



Pfft. F*ck kit. Haihhh, here we go again.
Gua terus jeling meja sebelah. A Malay couple with 3 kids.



Mahu sahaja gua tarik kerusi pergi ke meja sebelah dan membuka 1001 hujah tentang keunikkan serta the bizzare of how Allah works terhadap kelahiran, yang mana di antaranya adalah hanya 10 dari 1 juta tupai yang dilahirkan akan menjadi albino, bagaimana singa jantan pernah mengawan dengan harimau betina dan terlahirlah satu spesis baru yang sangat unik iaitu Liger, bagaimana exciting teori evolusi atau Darwinisim itu, walaupun kita tidak boleh mempercayainya kerana ia menolak konsep ketuhanan, dan bagaimana hujah-hujah ini semua relate dengan kelahiran anak gua. Or perhaps, memandangkan mereka ini shallow sangat, jenis-jenis yang refused untuk berfikir lebih, patut je gua cakap,"Alah anak lu orang ni macamla konfem jadik orang esok, tah-tah jadik penagih! Kalau gua nampak kat tepi jalan gua sepakkan aje!

But these are not the things that i should do or say. Gua dah tak ambik pot dah. Lu orang nak tengok, tengoklah. Lu orang nak discuss secara bisik-bisik dengan partner lu orang pasal anak gua, go ahead. Itupun selagi lu orang tak ceroboh 'invisible wall' gua, that's fine by me.

Gua sebenarnya dah malas nak fikir-fikir dah pasal reception orang sekeliling pasal anak gua. Bukan apa, first and foremost, gua takkan tahu apakah yang terlintas di pemikiran orang-orang ini, so adalah SALAH bagi gua nak assume yang mereka berfikir yang jahat-jahat. Mungkin couple tadi teringat anak buah belah bapak mak laki dia yang mempunyai sakit yang sama. Entahlah.

The main thing is gua tak patut berasa down akibat daripada hal-hal seperti ini, reclusive atau merasakan dunia ini tidak adil dan menghalang gua serta family gua enjoy dengan apa yang patut kami enjoy. Jikalau dulu mungkin gua terlalu over protective dan mahu melindungi Alisya dari semua mata yang memandang. I was seeking enemies with the world. I can't do that, kerana in the end gua akan kalah dan akan berasa kecewa.

Gua juga sudah belajar untuk let go. Letting go, as in membiarkan nature membentuk laluan, seperti Marlin dalam Finding Nemo;

Marlin: I promised I'd never let anything happen to him.
Dory: Hmm. That's a funny thing to promise.
Marlin: What?
Dory: Well, you can't never let anything happen to him. Then nothing would ever happen to him. Not much fun for little Harpo.



Konklusinya, manusia yang celik akan terus memandang dan Alisya akan terus dewasa. There's nothing that i can do to stop this. It's a fact yang gua harus cerna dan make the best out of it.

Ahh, lantaklah!

p/s: Mungkin dengan hasil gua pergi gym ni, masyarakat akan takut untuk tengok-tengok Alisya lagi. Hohoho. "Kau tengok anak di- eh bapak dia bonzer dangdut ke?!"

Thursday, October 14, 2010

Cuti.

Gua cuti hari ini, setelah 3 hari bekerja seperti hendak gila menyiapkan mock-up untuk preso (presentation) IIUM. Seperti biasa, Cik Puan Ita akan menarik muka 14 kerana terpaksa menunggu gua sehingga lewat malam. Kalau 'bernasib baik', pernah juga sehingga subuh. Terlintas jua di pemikiran untuk menukar kerjaya kepada sesuatu yang lebih konvensional, tapi gua tak pasti akan bertahan lama. Plus, dari hari ke hari hati gua semakin kerap mempersoalkan kerasionalan di sebalik kerjaya makan gaji. It seems like i'm getting sick of living from paycheck to paycheck. Gua ingin menjadi bos kepada diri gua sendiri! Gua kepingin untuk mengusahakan sesuatu dan memerhatikan jatuh bangun apa yang gua usahakan itu!

Tapi apakah yang patut gua usahakan? A design firm? Oh tidak.. gua arif benar dengan kegilaannya. Kedai runcit? Di sini saja sudah ada 15 kedai runcit dan dua hyper-market.

Kafe? Hmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Bayangkan, sebuah kafe kecil bernama Le Bastion, yang mana:

1. Bersuasanakan seperti rumah. Ada satu set sofa fabrik dan hamparan bulu bebiri. Kerusi dan meja makan adalah dari kayu.
2. Cosy, lampu yang tak terlalu dim. Air cond juga tidak terlalu sejuk. Nyaman.
3. Berlatarkan muzik yang berbeza mengikut hari; Isnin adalah blues zaman 50's, Selasa adalah era kegemilangan Beatles sekitar 60's dan yada yada yada
4. Berlantai hard wood dan berdinding warna olive yang dicat dengan kasar demi mewujudkan tekstur. Feature wall adalah dinding batu bata yang tak di-plaster (separa siap)
4. Menu hidangan yang rata-ratanya rustic; roast chicken dan roast lamb, potatoes dan spinach.
5. Ada seorang budak perempuan yang cuba untuk membantu ayahnya yang sedang sibuk melayan pelanggan. Walaupun berjalan itu adalah tersangat sukar bagi budak perempuan tersebut, tetapi dia tetap gigih menyusun langkahnya satu persatu untuk mengekori ayahnya. Si ayah yang tadinya sibuk, menjadi tidak sampai hati lalu cuba mendukungnya, tapi ditolak oleh budak perempuan itu sendiri kerana dia ingin dilihat sebagai seorang yang gigih berusaha dan rajin. Ayahnya tersenyum lantas memimpin tangan budak itu dan cuba berjalan mengikut ritma budak perempuan tersebut dan mereka pergi mengambil order di meja nombor 8.

Ahhh, gua dengan imaginasi gua. Tak habis-habis.

Biar dululah. Masanya akan tiba nanti, insya-Allah.

Friday, October 8, 2010

Fathers will go to great lengths just for their children.





Gua terbaca status ini sejurus selepas login ke akaun Fb gua sebentar tadi.

Satu status yang walaupun lembut, tapi cukup lantang untuk memberitahu bahawa kasih sayang seorang bapa kepada seorang anak itu tiada penghujung, tiada bertepi dan tiada kondisi. Kasih sayang yang boleh jadi lebih halus dari sutera, tapi isinya kental; sekental semangat yang mampu menggerakkan sebuah gunung.

Mungkin gua ini jenis manusia yang terlalu sensitif, atau old-fashioned.



Anyway..

Bro, gua akan tetap terus berusaha bersama-sama lu. Walaupun perangai kita dari dulu sampai sekarang tak (dan tak penah) semenggah, tetapi kita sayang anak kita dan akan buat apa sahaja demi untuk kebaikkan mereka! Semoga Allah SWT akan memberkati usaha kita bro. Amin!

p/s: Kalau kau buta sape nak bawak keta nanti Li?

Sunday, June 6, 2010

Terima kasih, Alanna Qish.

Terima kasih kerana mengajar abi apa itu erti kekuatan.

Berbahagialah kamu di sana nak.

al-Fatihah.

Thursday, April 29, 2010

Don't you ever lose the will to fight; for we never lose our hope.

Semalaman gua bermuram setelah mengetahui diagnosis Alanna (mungkin terlalu awal untuk gua nyatakan di sini apakah penyakitnya). Lewat petang semalam Syarul (daddy Alanna) mintak jasa gua untuk googlekan apakah maksud penyakitnya, dan setelah berjaya mencari, setiap butir informasi yang terpapar di monitor adalah terlalu menusuk dan menghancur setiap inci hati gua. Gua tak sanggup nak explain kepada Syarul. Air mata gua berlinangan tanpa henti, even Alanna bukan anak kandung gua.

Alanna, abi mungkin tidak akan ketahui betapa sakitnya derita yang kamu tanggung. Tapi apa yang abi sangat-sangat tahu, semangat abi tidak sekuat semangat kamu. Teruskanlah perjuangan mu nak, kerana hanya itulah yang kita semua mampu lakukan; mengejar pelangi.

Syarul, a losing battle is a battle being fought nonetheless. Gua ada bersama lu bro.

p/s: Minta jasa sesiapa yang membaca; doakan kesejahteraan Alanna Qish Bt. Syarulniza.

Friday, April 9, 2010

Alanna, our hearts will be with you.

I have yet to go and see her at Sungai Buloh Hospital. After reading the post from Jiey and Put, my heart felt devastated. I couldn't imagine all the pain and discomfort that she had to endure.

Cepatlah Sabtu. Ummi, abi, ibu, ayah, mama dan babah serta kakak-kakak dan abang-abang akan datang melawatmu.

p/s: Alanna, abi doakan semoga Alanna dikurniakan kesembuhan. Abi doakan juga Alanna tidak perlu melalui sebarang operation. Abi doakan Alanna dapat menghisap susu dengan baik tanpa menggunakan sebarang tube, dan berat badan Alanna naik dengan kadaran yang betul. Dan, yang terutama sekali, abi doakan semoga Alanna diberi pelepasan secepat mungkin supaya Alanna dapat pulang ke rumah, tidur bersama mummy dan daddy.

Sebak gila gua baca post Jiey. Fatherly instinct kicks in, terus keluar air mata. Cepat betul cembeng gua sekarang ni kalau pasal anak-anak gua.

Sunday, February 28, 2010

al Fatihah, Syafia Humairah Sahari.

Betapa ralatnya gua kerana tidak berada di tempat kejadian semasa peristiwa itu berlaku.

Betapa marahnya gua kepada lelaki itu, sehingga gua ingin sekali menyembelihnya hidup-hidup.

Betapa gua ingin berbual-bual, mengadu kepada Yang Maha Esa, bertanyakan soalan itu ini.

Sudah tibakah masanya Ya Allah? Sudahkah kami semua kembali ke zaman di mana nyawa itu sama tarafnya dengan bola? Sudah tiada lagikah rasa syukur dan sayang di dalam hati hamba-hambaMu?

Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah. Sesungguhnya Kau maha mengetahui.

Monday, January 4, 2010

Godspeed!

2009 telah melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Sedar tak sedar, sudah 2 bulan gua abaikan sebuah blog bernama Chasing Pelangi. Bukannya tidak punya idea, cuma pengurusan masa gua yang senantiasa kelam kabut telah memaksa gua untuk menghindarkan diri dari blog ini. To stay commited in something kebiasaannya merupakan cabaran besar bagi gua sejak dari dulu lagi { itu tidak bermaksud rumahtangga gua kucar kacir, harap maklum. ;) }.

Apakah yang telah berlaku kepada seorang lelaki bernama Farid sepanjang tahun 2009? My my, I just don't know where to begin. Yang nyata bagi gua tahun lepas telah berlalu dengan sungguh pantas. Orang kata bila kita sibuk kita seakan tidak sedar masa berlalu. True true. Sibukkah gua? Mungkin.

Dari segi karier, untuk kali pertama secara rasminya gua telah mendapat pengiktirafan dari majikan; dedikasi gua kepada kerja adalah menakjubkan, dan contoh buat semua. Tidak lupa juga sifat endurance, perseverance dan well composed bila berhadapan tekanan. Heh. Terlalu tinggi rasanya pujian tersebut untuk seorang roman picisan seperti gua. Honestly, gua hanya melakukan apa yang sepatutnya gua lakukan. Bagi gua bekerja adalah seperti satu terapi, atau escapism. Escapism bagi stres di rumah adalah di pejabat, dan escapism bagi stres di pejabat adalah di rumah. Of course, the ultimate escapism adalah pada waktu di mana anda berdua-duaan denganNya.

Tahun 2009 juga telah menemukan gua dengan beberapa ibu bapa yang telah dianugerahkan anak-anak istimewa, sama seperti gua. Bermula dengan Zul dan Ina, dan anak mereka Nabilah, sehinggalah yang terbaru, Shah dan Zura serta anak mereka Habib. Sungguh, betapa hati gua teramat bersyukur kepada Ilahi apabila kali pertama mengetahui bahawa di dalam perjuangan gua dan Ita membesarkan Sara, kami tidak terkapai keseorangan dan kami ada 'bahu' untuk bertukar-tukar perasaan serta 'tangan' untuk kami capai ketika kami jatuh. Akhirnya, kami benar-benar ada kawan!

2009 telah menyaksikan yang gua telah banyak menangis, walaupun kadangkala gua tidak tahu apa yang gua tangiskan. Gua cukup benci bila gua terpaksa memandu keseorangan, kerana bila ia berlaku, kepala gua secara automatik akan bertukar menjadi pemain video yang akan memainkan montaj-montaj memori di dalam otak gua; yang mana detik paling jelas adalah detik di mana doktor memberitahu yang anak gua akan menjadi tidak se'normal' orang lain (I can still remember every single line of it). Gua akui ini mungkin berpunca daripada sisa-sisa hati gua yang masih belum lagi redha di atas perkara yang telah berlaku, atau sisa-sisa hati tersebut terletak betul-betul di atas sempadan di antara ketidak-redhaan itu, dan sifat terlalu inginkan tahu mengapa gua dipilih oleh Allah untuk menghadapi ujian ini.

Yang nyata, gua tetap seorang manusia biasa, dan seorang hamba, yang tidak akan lari dari hati yang sentiasa bertanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut masih lagi menghantui gua, walaupun tidak sehebat dulu, dan gua tidak pasti bilakah akan lenyap terus daripada minda gua. Adakah Sara akan terus kekal begini? Adakah dia hanya akan tahu menangis dan senyum sahaja seumur hidupnya? Adakah gua perlu mendukungnya sehingga gua tidak lagi mampu 'mendukung' berat diri gua sendiri? Adakah gua mampu untuk menahan hati ini dari rasa terkilan apabila melihat anak rakan-rakan gua melangkah ke menara gading, dan bukan Sara? Adakah gua masih lagi mampu untuk berbisik pada hati gua, 'I can't fail, not this time. Sara needs me. Ita needs me. I need me!' sampai bila-bila?

...Sejujurnya, gua tak mampu untuk memikirkan barang satu jawapan pun.

Tapi gua sentiasa percaya pada harapan. Selagi fajar akan terus menyinsing pada keesokkan hari, selagi itulah harapan akan tetap ada. Walaupun harapan tersebut hanya sebesar mata jarum, tapi ia sudah cukup untuk menyalakan semangat pada hati gua untuk terus melangkah. Gua mungkin tidak ada sebarang keistimewaan, bakat, advantage, wang yang banyak, title anak dato' atau apa sahaja earthly possesions yang mampu untuk melancarkan perjalanan gua, tapi gua ada sesuatu yang mungkin tidak ada pada orang lain; semangat yang lahir dari kasih sayang gua pada Sara. Semangat itulah yang akan memberitahu gua supaya janganlah terlalu gusarkan masa hadapan, fikirkan apa yang boleh gua lakukan sekarang.

Sejak dari bait ayat, 'Your daughter's development will not be the same as other human being' memecah gegendang telinga gua, tidak ada lagi berita yang betul-betul mampu untuk menghancurkan hati gua setakat ini. Malah, hati yang hancur itu juga sudah lama ketemu pengubatnya. Hidup gua kini sudah ada fokus, dan doa gua agar tidak sesekali gua lupa objektif sebenar fokus gua itu.

Insya Allah, 2010 bakal menyaksikan gua akan melipat gandakan usaha gua demi keluarga gua. Laungan 'Ayuh!' untuk gua, Ita, Sara dan rakan-rakan semua! Godspeed!