Monday, January 4, 2010

Godspeed!

2009 telah melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Sedar tak sedar, sudah 2 bulan gua abaikan sebuah blog bernama Chasing Pelangi. Bukannya tidak punya idea, cuma pengurusan masa gua yang senantiasa kelam kabut telah memaksa gua untuk menghindarkan diri dari blog ini. To stay commited in something kebiasaannya merupakan cabaran besar bagi gua sejak dari dulu lagi { itu tidak bermaksud rumahtangga gua kucar kacir, harap maklum. ;) }.

Apakah yang telah berlaku kepada seorang lelaki bernama Farid sepanjang tahun 2009? My my, I just don't know where to begin. Yang nyata bagi gua tahun lepas telah berlalu dengan sungguh pantas. Orang kata bila kita sibuk kita seakan tidak sedar masa berlalu. True true. Sibukkah gua? Mungkin.

Dari segi karier, untuk kali pertama secara rasminya gua telah mendapat pengiktirafan dari majikan; dedikasi gua kepada kerja adalah menakjubkan, dan contoh buat semua. Tidak lupa juga sifat endurance, perseverance dan well composed bila berhadapan tekanan. Heh. Terlalu tinggi rasanya pujian tersebut untuk seorang roman picisan seperti gua. Honestly, gua hanya melakukan apa yang sepatutnya gua lakukan. Bagi gua bekerja adalah seperti satu terapi, atau escapism. Escapism bagi stres di rumah adalah di pejabat, dan escapism bagi stres di pejabat adalah di rumah. Of course, the ultimate escapism adalah pada waktu di mana anda berdua-duaan denganNya.

Tahun 2009 juga telah menemukan gua dengan beberapa ibu bapa yang telah dianugerahkan anak-anak istimewa, sama seperti gua. Bermula dengan Zul dan Ina, dan anak mereka Nabilah, sehinggalah yang terbaru, Shah dan Zura serta anak mereka Habib. Sungguh, betapa hati gua teramat bersyukur kepada Ilahi apabila kali pertama mengetahui bahawa di dalam perjuangan gua dan Ita membesarkan Sara, kami tidak terkapai keseorangan dan kami ada 'bahu' untuk bertukar-tukar perasaan serta 'tangan' untuk kami capai ketika kami jatuh. Akhirnya, kami benar-benar ada kawan!

2009 telah menyaksikan yang gua telah banyak menangis, walaupun kadangkala gua tidak tahu apa yang gua tangiskan. Gua cukup benci bila gua terpaksa memandu keseorangan, kerana bila ia berlaku, kepala gua secara automatik akan bertukar menjadi pemain video yang akan memainkan montaj-montaj memori di dalam otak gua; yang mana detik paling jelas adalah detik di mana doktor memberitahu yang anak gua akan menjadi tidak se'normal' orang lain (I can still remember every single line of it). Gua akui ini mungkin berpunca daripada sisa-sisa hati gua yang masih belum lagi redha di atas perkara yang telah berlaku, atau sisa-sisa hati tersebut terletak betul-betul di atas sempadan di antara ketidak-redhaan itu, dan sifat terlalu inginkan tahu mengapa gua dipilih oleh Allah untuk menghadapi ujian ini.

Yang nyata, gua tetap seorang manusia biasa, dan seorang hamba, yang tidak akan lari dari hati yang sentiasa bertanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut masih lagi menghantui gua, walaupun tidak sehebat dulu, dan gua tidak pasti bilakah akan lenyap terus daripada minda gua. Adakah Sara akan terus kekal begini? Adakah dia hanya akan tahu menangis dan senyum sahaja seumur hidupnya? Adakah gua perlu mendukungnya sehingga gua tidak lagi mampu 'mendukung' berat diri gua sendiri? Adakah gua mampu untuk menahan hati ini dari rasa terkilan apabila melihat anak rakan-rakan gua melangkah ke menara gading, dan bukan Sara? Adakah gua masih lagi mampu untuk berbisik pada hati gua, 'I can't fail, not this time. Sara needs me. Ita needs me. I need me!' sampai bila-bila?

...Sejujurnya, gua tak mampu untuk memikirkan barang satu jawapan pun.

Tapi gua sentiasa percaya pada harapan. Selagi fajar akan terus menyinsing pada keesokkan hari, selagi itulah harapan akan tetap ada. Walaupun harapan tersebut hanya sebesar mata jarum, tapi ia sudah cukup untuk menyalakan semangat pada hati gua untuk terus melangkah. Gua mungkin tidak ada sebarang keistimewaan, bakat, advantage, wang yang banyak, title anak dato' atau apa sahaja earthly possesions yang mampu untuk melancarkan perjalanan gua, tapi gua ada sesuatu yang mungkin tidak ada pada orang lain; semangat yang lahir dari kasih sayang gua pada Sara. Semangat itulah yang akan memberitahu gua supaya janganlah terlalu gusarkan masa hadapan, fikirkan apa yang boleh gua lakukan sekarang.

Sejak dari bait ayat, 'Your daughter's development will not be the same as other human being' memecah gegendang telinga gua, tidak ada lagi berita yang betul-betul mampu untuk menghancurkan hati gua setakat ini. Malah, hati yang hancur itu juga sudah lama ketemu pengubatnya. Hidup gua kini sudah ada fokus, dan doa gua agar tidak sesekali gua lupa objektif sebenar fokus gua itu.

Insya Allah, 2010 bakal menyaksikan gua akan melipat gandakan usaha gua demi keluarga gua. Laungan 'Ayuh!' untuk gua, Ita, Sara dan rakan-rakan semua! Godspeed!

5 comments:

  1. abang... seperti entry Yes You Can, semangat sang ayah walaupun mengalami sakit jantung, demi anaknya yang sudah menjangkau dewasa, ayah nya tetap tabah memikul berat anaknya. janganlah abang mengalah sebelum berlakunya sesuatu. andai memang anak kita ditakdirkan sedemikian hingga ke akhir hayatnya, bersabarlah. sedangkan kita tak pernah minta anak kita jadi sebegitu. inikan pula Sarra. dia lebih mahu membahagiakan kita dari kita menggembirakan dia. seperti kata mak Ton, kita tak tahu apakah perjanjian Sarra dengan Allah sehingga anak kita sanggup melalui kesusahan ini bersama. tiada manis jika tiada pahit, tiada senang jika tiada susah. ayang 'jatuh'... abang tolong 'bangunkan'... abang jatuh, giliran ayang pula. hanya kita ummi dan abi Sarra lebih memahami seadanya. untuk kesekian kali, ayang minta maaf, maaf andai 'kehidupan' selepas berkahwin dan ada keluarga yang kita miliki sekarang tidak seperti yang abang impikan.

    KITA TIDAK KALAH BILA KITA JATUH, TAPI KALAH ANDAI KITA TIDAK BANGUN SEMULA.....

    apa pun yang terjadi kelak, ayang tetap dengan family ITA-FARID-ALISYA......

    ReplyDelete
  2. Farid, Terima kasih diatas entry ini. Put dapat lihat kasih sang ayah membawa ke syurga. Memahami setiap zarah perasaan yang hadir dalam diri Farid dan Ita sepenuhnya, sudah Put tempuhi dua tahun yang lalu. Satu pesan Put, apa yang doktor katakan mungkin silap sama sekali. Manusia cuma merancang, Dia yang menentukan. Pada Idris, Put lihat banyak 'ketidak-tepatan' fakta seorang doktor, mungkin dia bukan doktor terbaik, tetapi above all, Allah yang berkuasa. He hears you, jangan berhenti meminta, Dia Maha Penyayang.

    On the bright side, Put lihat kenapa Allah memberi kita sebuah pinjaman istimewa ini. Allah tahu kita mampu menjaga amanahNya. Dia sayangkan kita. Put yakin, andai anak-anak kita seperti anak-anak yang lain, kita kurang menghargai konsep syukur didalam konteks yang sebenar. Sarra is an angel, no matter how she is, she is precious. Mungkin Sarra tak sama macam orang lain, tapi dia sungguh istimewa di hati Ummi dan Abinya.

    Andaikata kalian terjatuh, terduduk suatu masa nanti, itu adalah resam kita membesarkan anak-anak istimewa. Andaikata ada air mata mengalir, biarkan ia membasahi pipi kerana di penghujung hari, Put yakin itu yang akan menguatkan kita. Terima kasih di atas sebuah persahabatan. Kita berbicara dalam bahasa yang sama, merasai sebuah keistimewaan yang sama.

    We are the choosen ones!

    ReplyDelete
  3. Satu ketika, semasa Aariz berjuang tuk hayat nya pernah jugak aku mempersoal kan mengapa & kenapa anak ku yang d pilih tuk menerima segala keperitan sebaik saja menjenguk dunia ini...memang aku x dapat tuk menerima akal walau apa pun jugak orang kata tuk menenang kan hati si 'ibu'...mana mungkin anak yang ku kandung selama 9 bulan yang tidak pernah menghadapi masalah tapi d lahir kan dalam keadaan yang sangat tenat (50/50) d sebab kan 'human error'...memang aku x dapat terima...!!!

    Paya sahaja lah tempat aku bergantung tuk meminta pertolongan...aku percaya si 'suami' akan berusaha sedaya upaya mungkin tuk menyelamat kan anak nya itu...lalu keputusan tuk menghantar anak ku ke Prince Court Medical Centre adalah tepat...

    Walau pun setelah keluar dari hospital, doktor tidak menjanji kan apa2 pun pada ku...'mungkin anak anda akan menghadapi masalah dari segi perkembangan otak nya yang harus d pantau dari masa ke semasa...'wow...itu la kata2 si 'doktor' mengenai anak ku...tapi mahukah aku & Paya mengaku kalah pada sesuatu yang masih belom pasti...??? tidak sama sekali...

    & sekarang bila d imbau kembali...aku sangat2 bersyukur kerna Aariz berjaya mengharungi semua nya...berat mata memandang, berat lagi Aariz yang memikul nya tuk berjuang demi sebuah kehidupan...aku insaf...!!!

    Wahai sahabat...jika mahu di fikir kan kenapa & mengapa, itu mungkin persoalan yang terlalu rumit...ingat la bahawa anak2 ini (sempurna atau tidak) mereka adalah sama...mereka adalah KHALIFAH d bumi Allah ini...& aku percaya setiap apa yang telah Allah rencana kan adalah yang terbaik tuk kita...percaya la itu...

    ~hugsss~

    ReplyDelete
  4. Ita: Tidak pernah sesekali abang salahkan cayang di atas apa yang berlaku. I am so proud of my family, even ia tak seperti family orang lain. There is not a day that I regret nor unhappy being with you and Alisya. :*

    Put: For a moment I almost forgot that ramalan doktor is just a ramalan. Thank you for reminding me that.

    Benarlah, in the end tetap Allah yang maha menentukan segalanya. There's always a reason for everything that happened. Kalau Sara tak sebegitu, kitorang takkan kenal ada seorang budak kacak bernama Idris! Terima kasih jua di atas kesudian untuk bersahabat. We are indeed the chosen ones. :)

    Lis: Judging from how smart Aariz had developed now, aku sungguh tak sangka doktor ada berkata sebegitu. Aariz looks healthy and active.

    Lis, aku sedar perkara ini rumit bila dipersoalkan. Seperti Paya, aku jugalah yang menjadi paksi kepada keluargaku. Kalau aku jatuh, maka mereka juga akan jatuh. Yes, kerana mengingati bahawa inilah rencana yang terbaik buat aku, aku tak sedar kadangkala aku menjangkau batas diri aku sendiri.

    Terima kasih Lis kerana mengambil berat. Aku sungguh menghargainya.

    ReplyDelete
  5. salam,

    seseorang yang tidak pernah saya kenali, mengucapkan kata-kata ini kepada saya, sewaktu saya sedang menanti anak saya di dalam wad.

    "God send a special child to a special parent".

    Always remember that. Both of you are special. Tak semua org akan dapat anak sebegini. Saya dapat rasakan apa yg saudara rasa. Saya pernah berada di tempat itu. Kuatkan semangat. Teruskan berdoa agar Allah memberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan.

    ReplyDelete