Thursday, October 8, 2009

Yes You Can!

Gua berasa terpanggil untuk share sesuatu yang gua ketemu di Internet; kisah perjuangan seorang ayah untuk anaknya yang gua rasa cukup memberi inspirasi; kisah Dick Hoyt dan anaknya, Rick Hoyt.

Perjuangan mereka bermula 44 tahun dahulu di Winchester, Massachusets, di mana Rick Hoyt lahir dengan keadaan kekurangan oksigen (akibat dari tali pusat terbelit di leher). Impliklasi dari hal ini menyebabkan Rick mengalami cerebral palsy dengan spastic quadriplegic. Doktor telah berkata kepada Dick bahawa Rick akan menjadi seorang 'vegetable' seumur hayatnya, dan menyarankan Dick untuk menempatkan saja Rick di institusi kebajikan. Tapi ternyata, kasih seorang ayah itu mengatasi segalanya, Dick bertekad untuk berusaha membesarkan Rick dengan kasih sayang.

Sepanjang proses pembesaran Rick, Dick perasan yang mata anaknya itu seakan mengekori setiap pergerakan dia dan isterinya Judy. Ini membuahkan suatu kesedaran pada Dick bahawa otak Rick adalah normal. Pada umur Rick 11 tahun, Dick telah membawanya ke Universiti Tufts, Boston untuk mencari sebarang bantuan untuk membolehkan anaknya itu berkomunikasi. Pada mulanya doktor menyangkal tentang sebarang aktiviti yang mungkin berlaku di otak Rick. Setelah beberapa ujian dijalankan ke atas Rick dan keupayaan Rick untuk ketawa terhadap jenaka yang ditujukan ke atasnya, doktor telah memberi konklusi bahawa otak Rick adalah normal. Mereka telah memasangkan sejenis peranti pada kerusi roda Rick yang berupaya untuk memaparkan ayat yang ditaip, yang dikawal dengan menggunakan muka Rick.

Kisah indah mereka yang sebenarnya bermula semasa pada zaman persekolahan Rick. Pada suatu hari Rick telah berkata pada ayahnya bahawa dia ingin menyertai sebuah larian kebajikan sejauh 8km untuk salah seorang pelajar lumpuh anjuran sekolahnya. Dick yang bukan dari kalangan yang suka berlari, malah tidak pernah berlari lebih dari 1km pun, berfikir bagaimanakah dia akan berlari sejauh itu, dengan menolak Rick yang duduk di atas kerusi roda? Sekali lagi, kasih seorang ayah itu seakan memberikan tenaga untuk Dick memenuhi permintaan anaknya.

Dan daripada larian mereka yang pertama itu (mereka mendapat tempat kedua terakhir), malam itu Rick telah melontarkan ayat yang bakal mengubah hidup mereka berdua selamanya (air mata gua meleleh bila taip part ni),

"Dad, when I'm running, it feels like I'm not handicapped."

Semenjak dari itu, Dick dan Rick tidak berpatah lagi.



















Maraton pertama Dick dan Rick Hoyt, Boston 1981.


Tahun ini, Team Hoyt (gelaran untuk mereka) telah berjaya menghabiskan maraton mereka yang ke-1000, yang termasuk acara duatlon, triatlon dan 6 kali Ironman. Mustahil bunyinya bagi seseorang yang tidak tahu berenang untuk menyertai triatlon atau Ironman, malah untuk berenang sambil menarik seorang lelaki dewasa! Tapi tekad Dick Hoyt tidak pernah terpadam, dia telah belajar berenang demi Rick. Dalam setiap Ironman, Dick akan berenang sejauh 3.86 km sambil menarik Rick yang diletakkan di dalam dinghy(sejenis rakit), berbasikal sejauh 180.25 km dengan basikal yang telah dimodifikasikan untuk membolehkan Rick duduk di hadapan dan berlari sejauh 42.195 km dengan menolak Rick yang duduk di atas kerusi roda khas. Mereka juga pernah terlibat dalam larian dan berbasikal jelajah Amerika, dan menghabiskan 5,976km dalam masa 45 hari pada tahun 1992. Dick pernah ditanya apakah dia mahu mencuba larian secara seorang diri, dia menjawab "Tidak". Dick lakukan semua ini hanya kerana "the awesome feeling" yang dia peroleh apabila melihat Rick tersenyum ketika setiap kali mereka berenang, berbasikal dan berlari bersama-sama.

Hikmah di atas perjuangan Dick yang mahukan anaknya tidak berasa tersisih dari komuniti ini jelas ternampak pada tahun 2003; Dick telah di diagnos dengan masalah jantung ketika berlari dalam sebuah acara maraton. 95% daripada salah satu arterinya telah teruk tersumbat dan doktor telah mengatakan bahawa jika bukan kerana lari-lariannya itu, Dick mungkin sudah mati 15 tahun dahulu. Dalam tidak langsung, Rick telah menyelamatkan nyawa bapanya.

Kini, Rick Hoyt bekerja di Boston dan tinggal di apartment miliknya sendiri (Rick mempunyai ijazah di dalam Pendidikan Khas). Pada usia Rick 44 tahun dan bapanya Dick 68 tahun, mereka telah menempuh pelbagai halangan bersama-sama dengan motto "Yes you can". Mereka telah membuktikan kepada dunia bahawa sesungguhnya 'mustahil' itu adalah hanya suatu perkataan.

Apabila ditanya kepada Rick apakah suatu benda yang ingin dia lakukan kepada ayahnya, Rick menjawab,
"The thing I'd most like is for my dad to sit in the chair and I would push him for once."



p/s: Untuk mereka yang telah menyakiti kawan-kawan gua kebelakangan ini, hentikanlah. We don't ask for your approval. In fact we never were. Sebab utama kami berjuang untuk anak kami adalah bukan untuk pengiktirafan anda semua, tapi untuk tidak membuatkan anak kami rasa tersisih dari dunia. Mereka berhak mendapat dan enjoy apa yang mereka nak. So please la stop tengok-tengok dengan expression muka 'priceless' korang. Because when you do, I will say that Rick Hoyt went to college and have a degree. He owns an apartment and have a career. He had completed 1000 marathons and 6 times Ironman. And to top it all, he's a spastic quadriplegic cerebral palsy.

3 comments:

  1. Fuh bro.. Naik semangat aku baca citer ni.. Bg motivasi ngan inspirasi kat aku sungguh! Terima kasih sbb masukkan citer yg bagus camni dlm blog ni.. Yes you can Muhd Irfan..

    ReplyDelete
  2. huhu..nak nangis pun ada..mmg semangat betul..!

    Betullah..ramai dah tersinggung ngan bloggers yang lain..semua kawan2 kita..dah private dah blog..ina tak tau nak buat ke idak..pasal dulu penah kena..tapi buat derk je..hurm..org mmg tak paham dengan anak kita..sian tul anak kita..huhu

    ReplyDelete
  3. yo my man, 100% agreewith your p/s....itulah yg kita buat, apa yg kita buat untuk ank bukan untuk melihat org bersimpati, tapi untuk membuktikan yg anak kita juga sama dengan insan - insan lain kat " luar "...gambatte...

    ReplyDelete