"Do the best you can, with what you have."
Kata-kata ini pernah dilafazkan oleh seorang kawan gua dari Perancis yang gua kenalinya sebelum kelahiran Sarra, dan sehingga kini gua memegang kata-kata ini sebagai motto hidup gua. Kesan dari kata-kata ini cukup mendalam bagi gua, dan gua amat menghargai perkenalan gua dengan lelaki ini. Ironi rasanya kerana lelaki atheis ini telah banyak menyedarkan gua tentang betapa pentingya agama. Di samping itu, kami banyak membicarakan tentang falsafah berkenaan realiti, dan apakah yang tersirat di sebalik masa. Gua sentiasa berdoa agar satu hari nanti hatinya akan terbuka untuk mengucap syahadah.
Bagi gua, bukannya pencapaian dan kesempurnaan yang menjadi ukuran, tetapi APA yang mampu gua lakukan dengan masa yang telah diberikan kepada gua. Inilah yang sering gua bisikkan pada Sarra setiap kali kami bermain-main bersama. Gua tidak pernah memaksa dia untuk lakukan sesuatu demi gua; cukuplah sekadar apa yang dia termampu, dengan apa yang dia ada. Gua sedar, untuk Sarra mengangkat tangannya sahaja, kecelaruan neurotransmission yang berlaku di dalam otaknya adalah terlalu sukar untuk gua dan manusia-manusia di luar sana fahami. Gua tidak harapkan kesempurnaan dari Sarra, kerana diri gua sendiri pun tidak sempurna. But then again, apakah dia kesempurnaan? How do you define 'kesempurnaan'?
Gua cukup benci dengan milestone chart; at this age your baby should've do this, blablabla. SO WHAT if your baby is taking his or her own sweet time to be able to do this and that? Adakah penalti yang akan dikenakan jika sekiranya anak anda ditakdirkan tidak mampu untuk meniarap sedangkan umurnya sudah setahun? Mata-mata yang memandang, pertanyaan yang bunyinya seakan mengambil berat, walhal ia tidak lebih dari sekadar rasa hairan kerana kononnya tidak se'sempurna' bayi lain, tidakkah mereka sedar yang Tuhan itu mempunyai rancangan yang tersendiri bagi setiap hambaNya?
Gua bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menghadapi takdir-takdir sebegini, dan secara jujurnya, Sarra bukanlah peristiwa yang pertama gua hadapi. Kakak gua pernah dijangkiti demam panas yang agak kritikal pada usianya meningkat setahun, dan kesannya daripada itu, dia tidak senormal orang lain. Demamnya itu telah mematikan beberapa bahagian fungsi otaknya. Namun begitu, berkat dari izin Allah S.W.T dan usaha mak gua yang tidak mengenali maksud penat dan lelah(mum, you're my greatest inspiration), dia mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Gua telah menjadi 'pelindung' kakak gua dari dahulu, dan terlalu banyak kejadian yang gua telah saksikan. Kebanyakkannya terlalu meruntun jiwa. In spite all that, pada gua, dia jauh lebih hebat berbanding orang-orang lain yang gua kenal. Ternyata, Allah S.W.T itu maha mengetahui apakah yang 'sempurna' bagi hamba-hambaNya.
Seperti tajuk blog ini, seumur hidup kita, kita semua telah dan akan terus mengejar pelangi dan kita akan kecewa jika 'pelangi' versi kita tidak sesempurna orang lain. Kelahiran Sarra banyak menyedarkan gua bahawa kesempurnaan itu bukan terletak pada tanggapan dan pengiktirafan orang-orang sekeliling, tetapi pada sejauh mana usaha yang telah kita curahkan, pada rencana Allah S.W.T untuk kita. In the end, hanya Dia-lah yang menentukan kerana Dia-lah kesempurnaan hakiki.
p/s: Terima kasih diucapkan pada semua yang telah menjayakan majlis hari lahir Sarra yang pertama. Kegirangan yang terpancar dari hatinya nampak jelas, meskipun tidak diluahkan melalui ekspresi wajah. You guys made her day, and it means a lot to me. Thank yous!.
abi sarra, takde perkataan lain ayang nak ucapkan, melainkan; terima kaseh kerana menjadi suami ayang & ayah kepada anak kite..thanx for everything!!!
ReplyDeletebro,
ReplyDeleteLife is short..so make it sweet..
Kehadiran sarra byk mengajar kita ttg Kebesaran Yang Maha Esa..dan erti Kasih Sayang sebenar..