Monday, April 27, 2009

Jika Aku Diberi Peluang

Jika aku diberi peluang,
aku ingin menjadi seorang saintis,
abadikan seluruh hidupku menganalisis,
melakukan diagnosis, menghuraikan hipotesis.

Jika aku diberi peluang,
aku ingin menjadi seorang arkeologis,
mencari artifak, menjadi perintis,
menelaah manuskrip purba, baris demi baris.

Jika aku diberi peluang,
aku ingin menjadi seorang juragan,
mengetuai anak kapalku merentas laut yang tidak berbelas kasihan,
dan kembali ke pantai membawa cerita-cerita kejayaan.

Jika aku diberi peluang,
aku ingin menjadi seorang(?) robot,
mempunyai wayar dan bateri sebagai otot,
berupaya bekerja berhari-hari tanpa mengalas perut.

Jika aku diberi peluang,
aku ingin menjadi seorang perwira gagah perkasa,
mara kehadapan dengan rasa berani dan bangga,
rela berkorban nyawa demi apa yang aku percaya.

Tapi, bila difikirkan,
jika peluang itu datang dalam bentuk pilihan,
aku akan pilih untuk mengulangi hidup ini 7 kali lagi.
Kerana di dalam setiap 7 kehidupanku itu,
aku dapat menjaga dan menyayangi;

Kamu dan juga ummimu.

1 comment:

  1. nak nanes balik lahhh...(sob..sob..sob)
    x tau nak cakap aper..

    ReplyDelete