Apakah yang kamu fikirkan?
Tatkala di perbaringan,
Termenung tanpa sebarang gangguan,
Dikelilingi oleh bantal dan mainan.
Adakah kamu fikirkan Tuhan?
Tentang kekuasaanNya yang tidak mampu kita fikirkan?
Dzat-dzatNya yang di luar jangkauan?
Atau kasihNya yang tidak bersempadan?
Adakah kamu fikirkan dunia?
Tentang bagaimanakah lampu di atas menyala?
Tentang bagaimanakah botol susu itu dicipta?
Atau apakah rupa bentuk udara?
Atau adakah kamu fikirkan aku,
Seorang lelaki yang tidak henti-henti berceritakan tentang Tuhan dan dunia kepadamu,
Memujukmu untuk teruskan, dan teruskan selagi masih ada dayamu,
Kerana dunia ini untukmu, dan Tuhan akan sentiasa bersamamu.
No comments:
Post a Comment