Monday, May 25, 2009

Puteri Sarra Ebok de Kamuks-kamuks berdayang baru.

Sarra sudah tidak menangis lagi ketika mandi! Strangely, Sarra tetap juga menangis bila Ita yang memandikannya! At first gua sangkakan ini hanya sekadar suatu kebetulan, tapi setelah kami bedua bereskperimentasi sebanyak beberapa kali, ternyata, Sarra tidak merengek sedikit pun ketika gua yang mandikan! Alhamdulillah, anak dara ini sudah bisa membezakan di antara sentuhan abi dan ummi. Satu lagi perkembangan Sarra yang gua rasa cukup significant.

So sekarang, dengan rasminya gua sudah ada tugas baru yang cukup mengujakan - menjadi dayang siraman kepada Puteri Sarra Ebok de Kamuks-kamuks.

p/s: Gua tengah mencuba sesuatu - sesuatu yang gua patut lakukan dari dulu lagi. Gua tengah berusaha (semoga menjadi amalan, Insya Allah) untuk memandikan dan mengurut Sarra sambil membaca selawat shifa' dan selawat tafrijiyah pada setiap pagi. Entah, kebelakangan ini minda gua kerap berbalik kepada kata-kata dari Makcik Siti, seseorang yang pernah mengubatkan Sarra dahulu; "Budak ni takde sakit ape. Dia cuma perlukan doa dari mak bapak dia". Semakin gua teliti ayat itu, semakin dalam maksudnya. Syukur sebab hati gua terbuka untuk mencubanya dan gua berharap agar usaha gua ini diberkati Allah. Amin.

Wednesday, May 13, 2009

Emak.

Bersempena hari ibu yang sudah berlalu, post ini gua tujukan khas buat emak gua yang gua teramat sayang. Walaupun emak gua (mungkin) tidak tahu langsung kewujudan blog gua ini, gua harap-harap dengan kuasa Tuhan, mesej gua sampai kepadanya.

Emak,

Ayed tak pasti sama ada mak ingat lagi atau tak, yang ayed pernah macam salahkan mak sebab kenapa tak ubatkan Kak Ita dulu. Masa tu ayed kecik lagi, dan ayed rasa macam tak best main-main ngan Kak Ita. Mak diam je masa ayed tanya soklan yang bunyiknya, "Mak tak bawak Kak Ita pegi spital ke dulu masa dia demam?". Sekarang ni, bila ayed tengok Sarra, ayed paham kenapa mak diam. Maafkan ayed mak. Ayed sedar, ade bende yang tak dapat kita nak buat. Ade bende yang Tuhan tak bagi semua kat kita. Sekarang ni, bila emak dah citer bende-bende yang mak pernah usahakan untuk ubatkan Kak Ita dulu, ayed rase segan mak. Ayed rase ayed mati hidup balik pun ayed tak dapat jadik sekuat mak. Maafkan ayed mak. Ayed tak sepatutnya cakap kat mak camtu dulu. Ayed harap, satu hari nanti Tuhan jadikan Ayed setabah mak.

Yang menyayangi mak sehingga ke akhirat,
Ayed

Monday, May 4, 2009

Pukul 3 pagi.

Lately ini gua sering terjaga daripada tidur malam, biasanya di antara pukul 2 hingga 3 pagi. Terjaga yang sangat-sangat terjaga. Terjaga yang jenisnya gua kira boleh pergi ke bilik air, mandi, siap-siap, dan terus pergi kerja. Sudah puas juga gua cuba fikirkan sebab-sebab kenapa gua boleh terjaga. Adakah gua terlebih minum kopi pada waktu siang sebelumnya? Adakah ini tanda-tanda awal yang gua akan menghidap penyakit tak boleh tidur? Atau, adakah ini isyarat dari Tuhan supaya gua isikan malam-malam gua dengan ibadah? Insya-Allah.

Di kala gua terjaga itu, gua suka perhatikan orang-orang kesayangan hati gua; Ita dan Sarra yang lena 'berlayar' di sisi. Teringat gua pada suatu masa dahulu bila Sarra tidak mahu tidur langsung dan menangis dari malam hingga ke pagi, selama tiga bulan. Setiap malam terasa amat panjang bagi gua. Gua hanya mampu tidur untuk sebarang dua, tiga jam, kerana selebihnya gua harus bangun kerana giliran gua untuk menjaga Sarra. Dan paginya gua harus menaiki bas pukul 7.00 pagi dari Melaka Sentral untuk pergi ke KL, bekerja. Heh. Bila gua kenangkan kembali, gua seperti tak sangka gua mampu harungi semua itu.

Tapi itu dulu. Sekarang Sarra sudah pandai tidur malam. Sekarang, bila setiap kali gua terjaga, gua akan pergi ke dapur untuk menyediakan Maggie kari dan telur goreng, dan kemudian gua akan makan sambil layan HBO. Awesomeness!