Lately ini gua sering terjaga daripada tidur malam, biasanya di antara pukul 2 hingga 3 pagi. Terjaga yang sangat-sangat terjaga. Terjaga yang jenisnya gua kira boleh pergi ke bilik air, mandi, siap-siap, dan terus pergi kerja. Sudah puas juga gua cuba fikirkan sebab-sebab kenapa gua boleh terjaga. Adakah gua terlebih minum kopi pada waktu siang sebelumnya? Adakah ini tanda-tanda awal yang gua akan menghidap penyakit tak boleh tidur? Atau, adakah ini isyarat dari Tuhan supaya gua isikan malam-malam gua dengan ibadah? Insya-Allah.
Di kala gua terjaga itu, gua suka perhatikan orang-orang kesayangan hati gua; Ita dan Sarra yang lena 'berlayar' di sisi. Teringat gua pada suatu masa dahulu bila Sarra tidak mahu tidur langsung dan menangis dari malam hingga ke pagi, selama tiga bulan. Setiap malam terasa amat panjang bagi gua. Gua hanya mampu tidur untuk sebarang dua, tiga jam, kerana selebihnya gua harus bangun kerana giliran gua untuk menjaga Sarra. Dan paginya gua harus menaiki bas pukul 7.00 pagi dari Melaka Sentral untuk pergi ke KL, bekerja. Heh. Bila gua kenangkan kembali, gua seperti tak sangka gua mampu harungi semua itu.
Tapi itu dulu. Sekarang Sarra sudah pandai tidur malam. Sekarang, bila setiap kali gua terjaga, gua akan pergi ke dapur untuk menyediakan Maggie kari dan telur goreng, dan kemudian gua akan makan sambil layan HBO. Awesomeness!
bahaya ni incik farid..emm..incik zul plak tido tak bangun2..huhu!
ReplyDeletehmmmm..encik fared! yeke awak bangun terus mandi??? bukan ker ade om tolon kejut kan apak sarra nih?? haha...but, memori di awal kehadiran adik...sangat manis utk dikenang! sekarang adik pun dah pandai 'memilih'...haha!
ReplyDelete